......

.

- CAT AKRILIK LUARAN - 

BINA ULTRASHIELD adalah cat emulsi yang dirumus khas untuk memberi perlindungan tambahan pada dinding luaran. Ia bertindak sebagai lapisan yang kuat untuk melindungi dindiing rumah anda daripada cuaca yang tidak menentu dan mencegah pertumbuhan kulat.

BINA ULTRASHIELD menjadikan permukaan dinding lebih menarik, boleh dicuci dan tidak menggelupas. Ia sesuai digunakan pada dinding simen, asbestos dan papan lembut serta keras.


- CAT EMULSI DALAMAN -

BINA SUPERCOAT adalah cat emulsi kopolimer yang bermutu tinggi, dirumus khas untuk kegunaan dalaman bagi memberi kemasan yang licin dan mewah. Ia mudah disapu, boleh dicuci, mesra alam, dengan haruman tambahan dan dapat mencegah pertumbuhan kulat.

BINA SUPERCOAT menjadikan dinding dalaman rumah anda lebih menarik dan tahan lama. Ia sesuai digunakan pada dinding simen, asbestos dan papan lembut serta keras.

Penyediaan Permukaan
Bersihkan permukaan daripada kekotoran, habuk, minyak atau gris. Gunakan berus kasar atau penyembur air bertekanan tinggi untuk menanggalkan kesan cat lama yang masih melekat pada permukaan dinding. 

Untuk permukaan simen baru, pastikan permukaan tersebut kering sepenuhnya sebelum mengecat. Jika tidak, masalah cat akan berlaku dalam masa yang singkat.

Data Penggunaan
Kering Sentuh  : Bergantung kepada suhu dan kelembapan. 
Ulang Cat : 2 jam
Liputan : 10 - 12 m2/ liter (bergantung pada keadaan permukaan) 
Bilangan Lapisan : Minimum 2 lapisan
ULTRASHIELD  : Terdapat dalam 5 liter & 18 Liter
SUPERCOAT : Terdapat dalam 7 liter & 18 Liter

Peraturan
Kacau dengan sekata sebelum menggunakannya. Cat boleh dispau dengan menggunakan berus, penggelek atau penyembur. Jika perlu cairkan dengan maksimum 10% air bersih.

Langkah-langkah Keselamatan
Merbahaya jika disedut, bersentuhan dengan kulit atau ditelan. Pastikan pengudaraan yang baik dan hindarkan dari menghidu wap atau semburan cat secara berlebihan semasa digunakan. Elakkan daripada terkena mata dan jangan tuang kandungan ke dalam longkang. Gunakan sarung tangan, alat perlindungan mata dan hidung dan peralatan perlindungan peribadi lain yang sesuai jika perlu ketika mengendalikan cat ini.


Surface Preparation
Clean surface from dirt, dust, oil or grease. Use gross brush or high pressure waterjet to remove existing old paint that is sticking to surface of the wall. Do not apply paint on wet walls or when raining. For new cement surfaces, ensure that the surfaces are thoroughly dry before painting. Otherwises, premature paint failure may occur.

Application Data
Touch Dry : Depends on temperature and humidity
Recoat : 2 hours
Coverage : 10 - 12 m2/ liter (depends on substrate condition) 
No. of Coats : Minimum 2 coats
ULTRASHIELD  : Available in 5 liters & 18 Liters
SUPERCOAT : Available in 7 liters & 18 Liters

Direction For Use
Stir well before use. Application by brush, roller or spray. To assist application, can be thinned up to maximum of 10% clean water.

Safety Measures
Harmful if inhaled, when in contact with skin or when wsallowed. Ensure good ventilation and avoid inhaling excessive vapour/spray during application. Avoid cintact with eyes and do not empty into drains. Use gloves, mask, goggle or other pesonal protection equipment if required when handling this paint. 
 



- CONTOH CAT AKRILIK LUARAN


- CONTOH CAT EMULSI DALAMAN -




B I N A   I N T E R G R A T E D
INDUSTRIES SDN. BHD. (715329-T)
No. 16, Jalan 9/3, Taman IKS, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan. MALAYSIA 
Tel: +603 - 8926 6167   Fax: +603 - 8926 6168   Email: factory@binatech.biz
Website : www.binatech.biz
...