Alhamdulillah, bersyukur
kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah perkenanNya laman
web Direktori Usahawan Muslim Edisi Internet (DUMEI)
ini
telah dapat disempurnakan pembinaannya pada 30hb Mac 2000 bersamaan 25
Zulhijjah 1421H.
DUMEI
merupakan satu-satunya lamanweb di Malaysia yang menyenaraikan nama syarikat,
produk dan perkhidmatan yang diusahakan oleh para peniaga dan usahawan
muslim. Diwaktu yang sama ianya merupakan suatu rangkaian perniagaan bersepadu
di mana setiap peniaga dan usahawan muslim dapat bekerjasama dalam mempromosi
dan memasarkan produk serta perkhidmatan masing-masing.
DUMEI dibangunkan
dengan tujuan untuk mengumpul dan mengerakkan semua para peniaga dan usahawan
muslim ke arah kerjasama ekonomi yang menjurus kepada pembentukan masyarakat
peniaga dan usahawan yang dinamik, proaktif dan berwawasan.
Adalah diharapkan dengan kewujudan
DUMEI
ini, ianya akan memberi manfaat kepada masyarakat peniaga dan usahawan
disamping menjadi rujukan kepada para pengguna khususnya dikalangan umat
Islam untuk mendapatkan apa sahaja produk dan perkhidmatan yang dijual
atau ditawarkan oleh para peniaga dan usahawan muslim.
Sekarang ini kita sedang berada
dalam ERA Globalisasi di mana mahu tidak mahu masyarakat peniaga dan usahawan
muslim perlu mempersiapkan diri dengan ilmu dan pengetahuan mengenai ITdan
ICT demi kesinambungan perniagaan yang hampir keseluruhannya kelak akan
mengubah corak urusniaga, perhubungan, bentuk pemasaran dan sebagainya.
Justeru kemunculan DUMEI
adalah
merupakan usaha pihak penganjur yang merasa terpanggil untuk menyediakan
suatu "Wadah Penggerak Ekonomi Ummah"
yang relevan dengan perkembangan dunia perniagaan terkini. Era IT masakini
boleh dimanfaatkan sepenuhnya oleh golongan peniaga dan usahawan muslim
melalui jaringan informasi yang dibangunkan setiap hari di dalam laman
web DUMEI
ini.
Melalui DUMEI
ini para peniaga dan usahawan muslim boleh berta'aruf(berkenal-kenalan),
memperluaskan kontaks, membina rangkaian pemasaran dan perkongsian pintar,
menjalin muafakat, bekerjasama dalam mempromosi dan memasarkan produk/perkhidmatan,
menimba pengalaman dan ilmu pengetahuan daripada usahawan yang berjaya
disamping berpeluang mengembangkan perniagaan ke peringkat antarabangsa.
Secara tidak langsung kewujudan
DUMEI
insyaAllah
berpotensi membentuk suatu rangkaian perniagaan dan pemasaran global yang
akan diterajui oleh umat Islam. Sebagai usahawan dan peniaga muslim kita
harus peka terhadap keperluan bekerjasama dalam membangun dan memartabatkan
kembali sistem ekonomi yang berteraskan Islam.
Kepada para peniaga dan usahawan
muslim,
Marilah bersama kita mengambil
manfaat daripada kecanggihan teknologi IT ini untuk membina kembali kekuatan
ekonomi ummah melalui penyertaan beramai-ramai ke dalam Direktori Usahawan
Muslim Edisi Internet ini. Semua ini kita usahakan bersama insyaAllah,
demi melaksanakan tugas membela nasib umat Islam yang rata-rata pada hari
ini ditindas, dihina dan diperbudakkan lantaran tiada pembelaan daripada
mereka-mereka yang bertanggungjawab. Penyertaan anda adalah sumbangan ke
arah pembangunan dan kesejahteraan ummah.
Anda boleh menyertai DUMEI
ini
secara percuma hanya dengan memperkenalkan tiga (3) orang rakan niaga atau
usahawan yang anda kenali untuk bersama menyertai direktori ini setelah
anda menyertainya terlebih dahulu. Kami selaku penganjur DUMEI
berjanji
akan memberikan komisen sebanyak 40% kepada anda bagi setiap satu
penyertaan individu atau syarikat ke dalam DUMEI
yang anda perkenalkan. Rasanya anda tentu mengenali lebih daripada itu.
Daftarkan rakaniaga atau usahawan
yang anda kenali dengan menggunakan Borang Penyertaan di laman berikut
dan
jangan lupa catitkan nama anda/bank & no akaun pada ruangan diperkenalkan
oleh:_______________________________. Bayaran komisen akan di bank in terus
ke akaun anda setelah kami menerima bayaran dari peserta yang anda perkenalkan.
Anda boleh memeriksa penyertaan mereka dalam laman web kami dari semasa
ke semasa.
Kerjasama anda semua dalam menyebarluaskan
maklumat mengenai DUMEI ini
sangat dihargai dan kami dahului dengan berbanyak terima kasih.
Firman Allah SWT yang bermaksud;
"Dan tolong menolonglah kamu dalam
mengerjakan kebajikan dan taqwa, dan jangan tolong menolong dalam berbuat
dosa dan perlanggaran" (al-Maidah:2)
"SEMOGA ALLAH MENERIMA AMAL KAMI
DAN AMAL KAMU"