Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah perkenanNya Direktori Usahawan Muslim Edisi Internet (DUMEI) telah dapat disempurnakan pembinaannya pada 30hb Mac 2000 bersamaan 25 Zulhijjah 1421H dan masih kekal sehingga sekarang.

DUMEI merupakan salah satu diantara pelbagai lamanweb di Malaysia yang menyenaraikan nama syarikat, produk dan perkhidmatan yang diusahakan oleh para peniaga dan usahawan muslim. Diwaktu yang sama ianya merupakan suatu rangkaian perniagaan bersepadu di mana setiap peniaga dan usahawan muslim dapat bekerjasama dalam mempromosi dan memasarkan produk serta perkhidmatan masing-masing.

DUMEI dibangunkan dengan tujuan untuk mengumpul dan mengerakkan semua para peniaga dan usahawan muslim ke arah kerjasama ekonomi yang menjurus kepada pembentukan masyarakat peniaga dan usahawan yang dinamik, proaktif dan berwawasan.

Adalah diharapkan kewujudan DUMEI dapat memberi manfaat kepada masyarakat peniaga dan usahawan disamping menjadi rujukan kepada para pengguna khususnya dikalangan umat Islam untuk mendapatkan apa sahaja produk dan perkhidmatan yang dijual atau ditawarkan oleh para peniaga dan usahawan muslim.

Sekarang ini kita sedang berada dalam ERA Globalisasi atau dunia tanpa sempadan di mana mahu tidak mahu masyarakat peniaga dan usahawan muslim perlu bersaing dan mempersiapkan diri dengan ilmu dan pengetahuan mengenai IT dan ICT demi kesinambungan perniagaan yang hampir keseluruhannya kelak akan mengubah corak urusniaga, perhubungan, bentuk pemasaran dan sebagainya.

Justeru kemunculan DUMEI adalah merupakan usaha pihak penganjur yang merasa terpanggil untuk menyediakan suatu "Wadah Penggerak Ekonomi Ummah"yang relevan dengan perkembangan dunia perniagaan terkini. Kecanggihan teknologi masakini boleh dimanfaatkan sepenuhnya oleh golongan peniaga dan usahawan muslim melalui jaringan informasi yang dibangunkan setiap hari di dalam laman web DUMEI.

Melalui DUMEI, para peniaga dan usahawan muslim boleh berta'aruf(berkenal-kenalan), memperluaskan kontaks, membina rangkaian pemasaran dan perkongsian pintar, menjalin muafakat, bekerjasama dalam mempromosi dan memasarkan produk/perkhidmatan, menimba pengalaman dan ilmu pengetahuan daripada usahawan yang berjaya disamping berpeluang mengembangkan perniagaan ke peringkat antarabangsa.

Secara tidak langsung kewujudan DUMEI insyaAllah berpotensi membentuk suatu rangkaian perniagaan dan pemasaran global yang akan diterajui oleh umat Islam. Sebagai usahawan dan peniaga muslim kita harus peka terhadap keperluan bekerjasama dalam membangun dan memartabatkan kembali sistem ekonomi yang berteraskan Islam. Inilah sebenarnya tujuan dan matlamat yang harus menjadi agenda utama kita sebagai seorang peniaga dan usahawan muslim, insyaAllah. 

Para Peniaga dan Usahawan Muslim !

Marilah bersama kita mengambil manfaat daripada kecanggihan teknologi ini untuk membina kembali kekuatan ekonomi ummah melalui penyertaan beramai-ramai ke dalam Direktori Usahawan Muslim Edisi Internet. Semua ini kita usahakan bersama insyaAllah, demi melaksanakan tugas membangunkan ekonomi diri, masyarakat dan negara disamping membela nasib umat Islam yang rata-rata pada hari ini ditindas, dihina dan diperbudakkan lantaran tiada pembelaan daripada  mereka-mereka yang bertanggungjawab. Penyertaan anda amat bermakna dan sekaligus menyumbang ke arah pembangunan dan kesejahteraan ummah.

Anda boleh menyertai DUMEI secara percuma dan boleh juga mendaftarkan rakaniaga atau usahawan yang anda kenali dengan menggunakan BORANG PENYERTAAN SECARA ONLINE. Sila klik pada animasi berikut> 
Kerjasama anda dalam menyebarluaskan maklumat mengenai DUMEI ini sangat dihargai dan kami dahului dengan berbanyak terima kasih.

Firman Allah SWT yang bermaksud;

"Dan tolong menolonglah kamu dalam mengerjakan kebajikan dan taqwa, dan jangan tolong menolong dalam berbuat dosa dan perlanggaran"(al-Maidah:2)

"SEMOGA ALLAH MENERIMA AMAL KAMI DAN AMAL KAMU"
 

Yang berusaha,

Ahmad Bahari Mokhtar
Pengarah Urusan KUMSB


IKLANKAN PRODUK & PERKHIDMATAN ANDA DI SINI


 

PENGENALANDIREKTORI USAHAWAN MUSLIMDANA SMIPELUANGPRODUK & PERKHIDMATANIKLAN & PROMOSI
PAUTAN USAHAWANBULETIN USAHAWANKOLEKSI BLOG PILIHANPROGRAM-PROGRAM AFFILIATE.....HUBUNGI KAMI