PROJEK "BAJU"
Bangun Jaringan Usahawan

Projek BAJU "Bangun Jaringan Usahawan" merupakan suatu projek penerusan kepada 
"Direktori Usahawan Muslim Edisi Internet" atau ringkasnya DUMEI yang di usahakan oleh Kumpulan Usahawan Muslim Sdn Bhd beserta sokongan dari pelbagai pihak yang merasakan perlunya dibangunkan suatu rangkaian perniagaan bersepadu di mana setiap peniaga dan usahawan muslim dapat bekerjasama dalam mempromosi dan memasarkan produk serta perkhidmatan masing-masing.

Projek ini diusahakan dengan tujuan untuk mengumpul dan mengerakkan semua para peniaga dan usahawan muslim ke arah kerjasama ekonomi yang menjurus kepada pembentukan masyarakat peniaga dan usahawan yang dinamik, proaktif dan berwawasan.

Adalah diharapkan dengan kewujudan jaringan ini, ianya akan memberi manfaat kepada masyarakat peniaga dan usahawan disamping menjadi rujukan kepada para pengguna khususnya dikalangan umat Islam seluruh dunia untuk mendapatkan apa sahaja produk dan perkhidmatan HALAL yang dijual atau ditawarkan oleh para peniaga dan usahawan muslim.

Sekarang ini kita sedang berada dalam ERA Globalisasi di mana mahu tidak mahu masyarakat peniaga dan usahawan muslim perlu mempersiapkan diri dengan ilmu dan pengetahuan mengenai IT dan ICT demi kesinambungan perniagaan yang hampir keseluruhannya kelak akan mengubah corak urusniaga, perhubungan, bentuk pemasaran dan sebagainya.

Justeru kemunculan DUMEI adalah merupakan usaha pihak penganjur yang merasa terpanggil untuk menyediakan suatu "Wadah Penggerak Ekonomi Ummah" yang relevan dengan perkembangan dunia perniagaan terkini. Era ICT masakini boleh dimanfaatkan sepenuhnya oleh golongan peniaga dan usahawan muslim melalui jaringan informasi yang dibangunkan setiap hari di dalam halaman web ini.

Melalui DUMEI ini para peniaga dan usahawan muslim boleh berta'aruf(berkenal-kenalan), memperluaskan kontaks, membina rangkaian pemasaran dan perkongsian bestari, menjalin muafakat, bekerjasama dalam mempromosi dan memasarkan produk/perkhidmatan, menimba pengalaman dan ilmu pengetahuan daripada usahawan yang berjaya disamping berpeluang mengembangkan perniagaan ke peringkat antarabangsa. Selain daripada itu kepada mereka yang pro-aktif dan kreatif, melalui jaringan yang terbina ini mereka boleh menjemput usahawan dan rakaniaga yang berminat dengan menyusun program-program tertentu seperti pertemuan rakaniaga, seminar, bengkel dan sebagainya untuk berkongsi ilmu, peluang dan apa sahaja kebaikan dalam dunia perniagaan ini untuk manfaat semua demi membangun masyarakat usahawan dan peniaga yang berkualiti dan berwawasan.

Secara tidak langsung kewujudan DUMEI insyaAllah berpotensi membentuk suatu rangkaian perniagaan dan pemasaran global yang akan diterajui oleh umat Islam. Sebagai usahawan dan peniaga muslim kita harus peka terhadap keperluan bekerjasama dalam membangun dan memartabatkan kembali sistem ekonomi yang berteraskan Islam.

Para peniaga dan usahawan muslim,

Marilah bersama kita mengambil manfaat daripada kecanggihan teknologi ICT dari anugerah Ilahi ini untuk membina kekuatan ekonomi ummah melalui penyertaan beramai-ramai ke dalam Direktori Usahawan Muslim Edisi Internet ini. Semua ini kita usahakan bersama insyaAllah dengan niat melaksanakan tugas dan tanggungjawab merubah nasib umat Islam yang rata-rata pada hari ini ditindas, dihina dan diperbudakkan lantaran kurangnya pembelaan daripada  mereka-mereka yang bertanggungjawab. Perubahan ini semestinyalah bermula dengan diri sendiri yang jelas akan tujuan dan matlamat hidup sebenar, untuk apa kita dijadikan?  Semoga penyertaan anda dalam membangunkan rangkaian ini di berkati dan diredhai oleh Allah dan menjadi suatu sejarah yang disenangi oleh generasi akan datang dalam meneruskan usaha-usaha murni ke arah pembangunan ekonomi dan kesejahteraan ummah.

Anda boleh menyertai DUMEI ini secara percuma hanya dengan memperkenalkan tiga (3) orang rakan niaga atau usahawan yang anda kenali untuk bersama menyertai direktori ini setelah anda menyertainya terlebih dahulu. Kami selaku penganjur DUMEI berjanji akan  memberikan komisen sebanyak 40% (RM20) kepada anda bagi setiap satu penyertaan individu atau syarikat ke dalam DUMEI yang anda perkenalkan. Rasanya anda tentu mengenali lebih daripada itu.
Daftarkan rakaniaga atau usahawan yang anda kenali dengan menggunakan Borang Penyertaan di laman berikut:dan jangan lupa catitkan nama anda/bank & no akaun pada ruangan diperkenalkan oleh:_______________________________. Bayaran komisen akan di bank in terus ke akaun anda setelah kami menerima bayaran dari peserta yang anda perkenalkan. Anda boleh memeriksa penyertaan mereka dalam halaman web ini dari semasa ke semasa.

Kerjasama anda semua dalam menyebarluaskan maklumat mengenai DUMEI ini sangat dihargai dan kami dahului dengan berbanyak terima kasih.

Firman Allah SWT yang bermaksud;
"Dan tolong menolonglah kamu dalam mengerjakan kebajikan dan taqwa, dan jangan tolong menolong dalam berbuat dosa dan perlanggaran" (al-Maidah:2)

"SEMOGA ALLAH MENERIMA AMAL KAMI DAN AMAL KAMU"

Yang berusaha,
 

Ahmad Bahari Mokhtar
Pengarah Urusan KUMSB