SABUN MANDI HANDMADE SAHABAH
Sabun mandi Handmade Sahabah ini adalah Sabun Mandi Buku yang asli (natural) dengan diperkaya pelbagai ciri mewah dan herba-herba terpilih. Diproses oleh kilang 100% bumiputera Islam dan dibuat dari bahan-bahan yang 100% halal, tidak mengandungi lemak haiwan dan alkohol. Diiktiraf dan diperakui sebagai produk blue mosque iaitu telah didaftarkan dan disahkan halal oleh PPIM. Sangat berbeza dengan sabun mandi biasa yang dijual di pasaran, samada bahan-bahannya atau cara pembuatannya. Sabun handmade dibuat melalui kepakaran dan kesenian mengadun sabun dengan tangan.

Bahan-bahan untuk membuat sabun handmade adalah seperti berikut :
Minyak Kelapa, Minyak Sawit, Lemak Sawit, Lye Natrium Hidroksida, Steric Acid, Glycerin, Pewangi, Pewarna, Ekstrak Mengkudu plus Kayu Manis, Ekstrak Mengkudu plus Serai Wangi, Ekstrak Mengkudu plus Sandalwood Aromatherapy.

KEISTIMEWAAN DAN KEBAIKANNYA
Sabun Mandi Handmade Sahabah mengandungi bahan-bahan yang telah dikenal pasti bersih, berkualiti, suci mengikut syarak dan tidak mengandungi bahan kimia berlebihan yang boleh merosakkan kulit. Ini menjadikannya sangat bermutu tinggi dan mewah. Bertindak mesra dengan keharuman aroma bahan asli, membelai penuh kelembutan menjadikan kulit cantik, halus dan licin berseri.

BERBAGAI PILIHAN SABUN HANDMADE SAHABAH( Bahan asas pembuatan sabun ini ialah mengkudu )

SABUN MENGKUDU BIASA
Mengkudu telah digunakan oleh orang Melayu sejak turun temurun sebagai penjagaan kesihatan yang baik. Kajian saintifik menunjukkan mengkudu mengandungi banyak Vitamin A, C, B3, zat besi, Potassium, Calcium, Sodium dan 18 jenis amino asid. Kandungan Vitamin C, sangat baik untuk merawat kulit yang bermasalah seperti jerawat, ruam, gatal-gatal, kudis membengkak. Juga berguna sebagai pelembab.

SABUN SERAI WANGI
Aroma serai wangi yang harum(sungguh menyegarkan) sangat baik digunakan sebagai penghalau pelbagai jenis serangga dengan selamat, tanpa ada kesan sampingan. Contoh serangga yang takut dengan serai wangi ialah nyamuk, lipas, dan semut. Serai wangi juga sangat baik untuk merawat kulit yang dijangkiti kulat. Ia juga bertindak sebagai pelindung dari jangkitan kulat.

PLUS RESDUNG
Bahan ekstrak yang digunakan ialah elenggi (buah dari pokok hutan elenggi) yang sangat mujarab untuk merawat penyakit resdung. Hasil testimoni menunjukkan hanya dengan menghidu bau sudah mendapat tindakbalas positif iaitu pesakit bersin serta merta dan terasa hidung gatal, sebagai tindak balas awal, bahawa resdungnya telah mula dirawat. Mereka yang telah menggunakan sabun resdung ini pasti akan berpuas hati kerana penyakitnya telah banyak berkurangan dan terkawal.

PLUS KAYU MANIS 
Kayu Manis atau Cinamon biasanya hanya digunakan sebagai bahan tumis dalam masakan tetapi hari ini ianya boleh digunakan sebagai ramuan sabun mandi yang sangat baik untuk merawat pelbagai jenis jerawat, ruam dan gatal-gatal. Bahan perubatan yang terdapat dalam ekstrak kayu manis ini ialah ethylcinnamate, eugenol, cinnamaldehyde, beta-caryophyllene, linalool dan methyl chavicol. Ciri perubatan ini juga membolehkan anda merawat demam selsema melalui mandian sabun mengkudu plus kayu manis.

PLUS SANDALWOOD AROMATHERAPY 
Haruman aromatherapy sandalwood boleh merawat pelbagai penyakit hanya dengan menyedut bau aromatherapy sandalwood sahaja. Penyakit yang boleh dirawat melalui mandian ( seluruh badan ) ialah kemurungan, sedih, keseorangan, jiwa tertekan, tekanan perasaan dan migraine.

Dapatkan SABUN HANDMADE SAHABAH
Hubungi: YACOUB TA’AT 0195705631 / 0195735631


BORANG PESANAN