***SOALJAWAB***
MENGENAI DANA SUMBANGAN MODAL INSAN
SOAL:  Apakah yang dimaksudkan dengan DANA SUMBANGAN MODAL INSAN?

JAWAB: DANA SUMBANGAN MODAL INSAN atau ringkasnya DSMI adalah suatu program yang diuruselia dibawah syarikat Kumpulan Usahawan Muslim Sdn Bhd yang berasaskan konsep sumbangan ikhlas bagi tujuan membantu sesama insan yang sedang dilanda kesempitan hidup dan masalah kewangan. 

Kesimpulannya DSMI merupakan "Wadah Pengumpulan Dana Sumbangan" yang diurus secara jujur, amanah, professional dan sistematik menggunakan MEKANISMA dan PLAN-PLAN tertentu untuk menyelesaikan masalah kewangan. Secara tidak langsung DSMI berperanan membantu kerajaan dalam melahir dan menghasilkan MODAL INSAN yang boleh memberi manfaat dan kebaikan kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara menerusi titik tolak yang betul iaitu dengan cara menyelesaikan masalah semasa yang dihadapi oleh setiap peserta.

SOAL: Siapakah yang layak menyertai program ini?

JAWAB:  Program ini terbuka kepada semua bangsa di Malaysia, Singapura, dan Brunei yang berusia 12 tahun dan ke atas. 

SOAL:   Bagaimana seseorang ingin menyertai program ini?

JAWAB: Untuk menyertai program ini, mudah sahaja. Keluarkan modal sebanyak minima RM30 atau RM40 atau RM50 atau RM80 atau maksima RM150 sebagai sumbangan ikhlas anda kepada peserta-peserta yang telah terlebih dahulu menyertai program ini. Anda dikehendaki mengisi borang penyertaan dan membuat pendaftaran dengan pihak pengurusan. 

SOAL:  Apakah yang dimaksudkan dengan keluarkan modal sebanyak minima RM30 atau RM40 atau RM50 atau RM80 atau maksima RM150 ?

JAWAB: Maksudnya di sini ialah setiap peserta bebas untuk memilih berapakah nilai sumbangan yang mampu dikeluarkannya sebagai modal untuk melakukan amal kepada mereka yang memerlukan. Memandangkan program ini adalah berasaskan sumbangan ikhlas, justeru kadar sumbangan yang dicadangkan di atas adalah lebih fleksibel dan adil mengikut kemampuan masing-masing. 

SOAL: Kemanakah perginya semua sumbangan tersebut dan bagaimanakah ianya diagihkan dan diuruskan? 

JAWAB: Semua sumbangan tersebut akan diagihkan semula kepada setiap peserta DSMI mengikut PLAN-PLAN yang disediakan berdasarkan nilai sumbangan yang diterima. Sumbangan RM30 akan disalurkan dalam PLAN DSMI30, sumbangan RM40 akan disalurkan dalam PLAN DSMI40 dan begitulah seterusnya yang lain. 

Sumbangan yang diterima akan diuruskan menggunakan sistem yang digerakkan oleh semua PLAN-PLAN ini (DSMI30, DSMI40, DSMI50, DSMI80 dan DSMI150). Ianya berfungsi menguruskan agihan setiap sumbangan yang dihulurkan oleh peserta baru kepada peserta lama mengikut kelayakan dan hak masing-masing berdasarkan usaha yang telah dilakukan oleh mereka(peserta lama) didalam mempromosikan program ini kepada masyarakat umum. Apa yang penting di dalam program ini ialah, setiap peserta perlulah menunaikan tanggungjawab masing-masing dengan cara mengajak diri dan orang lain menghulurkan sumbangan ikhlas kepada mereka yang layak di dalam program ini. 

SOAL:  Sebagai peserta,  apakah manfaat yang boleh diperolehi?

JAWAB: Niat ikhlas anda membantu peserta awal sewajarnya mendapat ganjaran pahala yang berlipatkali ganda dari yang Maha Kaya lagi Maha Penyayang. "Barangsiapa yang membantu menyelesaikan kesusahan seseorang di dunia(lebih-lebih lagi saudara sesama Islam), niscaya Allah akan membantu menyelesaikan kesusahannnya di dunia dan di akhirat". (MAFHUM AL-HADIS)

Manfaat seterusnya, sebagai peserta yang telah berdaftar, anda diberi peluang mengumpul dana anda sendiri bagi tujuan menyelesaikan masalah kewangan anda jika ada, atau mengumpul dana bagi tujuan didermakan kepada mereka yang susah dan memerlukannya seperti rumah anak yatim, tabung institusi pendidikan, pembinaan surau, masjid, rumah kebajikan untuk orang miskin dan lain-lain. 

SOAL:  Bagaimana program ini menghasilkan pendapatan atau seseorang peserta dapat mengumpulkan dananya?

JAWAB:  Setiap peserta digalakkan memperkenalkan program ini kepada minima 2 orang peserta baru atau seberapa ramai yang boleh mengikut kemampuan masing-masing tanpa sebarang paksaan. Ia boleh dilakukan secara sambilan atau sepenuh masa. Sebaik sahaja ada peserta baru yang anda daftarkan, anda akan mendapat sumbangan dalam bentuk wang pos mengikut nilai sumbangan tertentu berdasarkan PLAN yang anda sertai. Tetapi apabila setiap mereka yang berada di bawah jaringan anda dapat memperkenalkan program ini dan mendaftarkan peserta baru sehingga ke 5, 7 atau 8 generasi di bawah anda, insyaAllah anda boleh mengumpul dana  atau pendapatan sejumlah puluhan, ratusan, ribuan malah jutaan ringgit yang mungkin hanya mengambil tempoh masa lebih kurang 5, 6 atau 7 bulan sahaja atau selewatnya 5 - 7 tahun(dengan syarat...) LIHAT PLAN PENDAPATAN | DSMI30 | DSMI40 | DSMI50 | DSMI80 | DSMI150

SOAL : Bilakah pihak syarikat menghantar wang pos kepada para peserta yang telah mendapat sumbangan dan jika seseorang peserta itu mendapat terlalu banyak sumbangan wang pos, bagaimanakah ianya akan diuruskan?

JAWAB : Pihak syarikat menghantar wang pos kepada peserta yang mendapat sumbangan pada setiap 15hb dan 30hb setiap bulan. Bagi peserta yang banyak mendapat sumbangan (minima 30 keping wang pos atau lebih dalam satu masa), pihak syarikat akan menghantarnya secepat mungkin dengan poslaju atau pos ekspres. Dan jika terlalu banyak, pihak syarikat akan menghubungi peserta tersebut dan berbincang cara mana yang terbaik untuk menyampaikan sumbangan yang diterimanya supaya ia benar-benar terjamin dan selamat sampai kepadanya.

SOAL: Jika peserta mendaftarkan ahli keluarga, saudara mara, kenalan rapat atau sesiapa yang berminat dengan membantu menuliskan nama-nama peserta yang berhak mendapat sumbangan, bolehkah peserta tersebut terus mengambil sumbangan wang pos yang berhak untuknya dan sesiapa yang berada dibawah pengetahuannya?

JAWAB: Boleh ! Ini dapat mempercepatkan proses penerimaan sumbangan sekaligus membantu syarikat memudah dan melicinkan urusan kiriman sumbangan wang pos tersebut kepada peserta yang berhak dengan syarat semua peserta yang telah mengambil haknya perlu meninggalkan nota dalam borang penyertaan peserta yang didaftarkannya. Contoh : NAMA: NOOR ALIZAM ROHMAT ID 5133 SUDAH AMBIL SUMBANGAN WANG POS RM5 atau RM10 atau RM20 atau RM50.  PERINGATAN: Urusan ini perlu dibuat dengan jujur dan amanah. Syarikat tidak akan bertanggungjawab jika ada peserta yang mengadu tidak mendapat haknya daripada mereka yang menguruskan penyertaan peserta dibawahnya dengan cara yang tidak beretika.

SOAL : Adakah program DSMI ini boleh diwariskan ? Misalnya jika seseorang peserta meninggal dunia sedangkan sumbangan masih lagi diterima di atas nama dan no kad pengenalannya. Mengikut syarat menunaikan wang pos penerima mestilah menunjukkan kad pengenalannya. Jadi bagaimanakah cara menunaikan wang pos peserta yang sudah meninggal dunia?

JAWAB : Ya! program DSMI ini boleh diwariskan. Jika seseorang peserta meninggal dunia sedangkan sumbangan masih lagi diterima, waris atau wakil yang terdekat seperti anak, isteri, ibu, bapa atau adik beradik boleh menunaikannya dengan cara menunjukkan SURAT MATI PESERTA kepada pegawai pos atau berjumpa KETUA POS untuk menyelesaikannya.

SOAL: Mungkin program ini akan dianggap sebagai skim cepat kaya, skim piramid, pelaburan haram atau sebagainya?.

JAWAB:  Ini bukan skim cepat kaya, skim piramid, pelaburan haram, surat berantai, jualan langsung atau MLM dan seumpamanya. Program ini berasaskan keikhlasan dalam memberikan sumbangan kepada yang memerlukan dan dikendalikan secara professional untuk tujuan membantu sesama insan yang sedang dilanda kesempitan hidup dan masalah kewangan. DSMI mempunyai sistem tersendiri yang tidak mungkin boleh dimanipulasi untuk tujuan kepentingan peribadi atau agenda tersembunyi yang boleh memudharatkan peserta di kemudian hari. Ianya tidak menyalahi undang-undang dan diharuskan oleh syarak sebagai salah satu usaha mendidik individu dan masyarakat agar sentiasa bekerjasama dan tolong menolong khususnya dalam menyelesaikan masalah berkaitan kewangan dan kehidupan. 

SOAL: Adakah program ini mempunyai unsur-unsur penipuan dan adakah ianya sah di sisi undang-undang?

JAWAB: Program ini bebas dari sebarang penipuan dan sah di sisi undang-undang. Ia juga tidak melanggar syariat Islam dan tidak menyalahi perundangan negara kerana tidak terdapat sebarang unsur paksaan dan dilakukan secara sukarela oleh mereka yang ingin menyertainya. Ianya dikendalikan oleh syarikat yang berdaftar dan menggunakan mekanisma@kaedah wang pos. Dengan menggunakan hanya wang pos sahaja, program ini secara langsung telah memberi impak positif kepada kerajaan memungut pendapatan dari komisen pembelian wang pos, sampul surat dan setem yang dibayar oleh setiap peserta. Usaha membasmi kemiskinan dan melahirkan modal insan juga insyaAllah dapat direalisasikan melalui program ini. Selain daripada itu, setiap peserta yang akan menerima sumbangan adalah jelas tercatat nama dan no kad pengenalan pada wang pos yang akan diterimanya dan ini secara automatik dapat mengelakkan penipuan atau pecah amanah yang mungkin boleh dilakukan oleh pihak pengurusan.

SOAL: Adakah program ini boleh dikaitkan sebagai pengambilan deposit secara haram yang tidak dibenarkan oleh Bank Negara Malaysia?

JAWAB: Program ini bebas dari pengambilan deposit secara haram yang tidak dibenarkan oleh Bank Negara Malaysia kerana tiada langsung urusan wang tunai/cek diterima atau dimasukkan ke akaun syarikat atau individu tertentu yang mewakili syarikat. Yang ada hanya sedikit bayaran menggunakan wang pos di atas nama syarikat sebagai menampung kos pengurusan seperti mencetak borang penyertaan, penyediaan lamanweb, sampul surat, setem pos, gaji pengurus/pekerja, bil-bil utiliti dan lain-lain kos yang di luar jangkaan. 

SOAL: Saya ingin menyertai program ini tetapi saya tidak mampu untuk memperkenalkan program ini kepada peserta baru. Adakah saya boleh menyertai program ini?

JAWAB: Jika tujuan asal anda hanya sekadar untuk memberi sumbangan itu sudah cukup dan tidak ada masalah untuk menyertai program ini. Namun jika tujuannya bukan sekadar menyumbang tetapi anda juga ingin menyelesaikan masalah kewangan, maka lebih elok dari awal dinyatakan, jika anda tidak mampu mendapatkan peserta dengan jumlah yang disasarkan atau minima 2 orang peserta di bawah anda eloklah anda lupakan sahaja program ini.  Anda boleh menyertai program ini walaupun dengan hanya memperkenalkannya kepada seorang sahaja, tetapi lumrahnya usaha yang sedikit dan tidak bersungguh-sungguh tidak akan membuahkan apa-apa penghasilan yang diharapkan melainkan akhirnya anda akan kecewa dan putus asa dengan program ini. Mendapatkan beberapa orang peserta dalam masa 1 bulan atau 1 tahun bukanlah tugas yang susah berbanding dengan pekerjaan yang sedang anda lakukan sekarang. Jika makan gaji bermakna anda terpaksa bekerja setiap hari dan bercuti dihujung minggu dan kemudian mendapat gaji. Dengan rutin sebegini adakah anda berkeyakinan atau berpeluang menambah pendapatan atau merubah kehidupan kepada yang lebih baik daripada apa yang anda jalani sekarang? Fikirkanlah sendiri.. Sebaliknya dengan usaha bersungguh sungguh untuk mendapatkan beberapa orang peserta dalam tempoh 1 bulan atau selewatnya 1 tahun sahaja, tidak mustahil anda boleh menambahkan pendapatan dan seterusnya bakal menjadi jutawan sekiranya semua peserta yang berada dibawah jaringan anda juga membuat kerja yang sama sepertimana yang telah anda lakukan demi merealisaikan matlamat dan tujuan sebenar program ini. 

SOAL : Saya berminat untuk menyertai program ini. Bagaimanakah caranya?

JAWAB :  Anda perlu mendapatkan borang penyertaan daripada mereka yang memperkenalkan program ini kepada anda atau daripada lamanweb peserta yang sedang anda baca ini. Ikut arahan yang dinyatakan dan isi maklumat yang diperlukan dalam borang tersebut. Selepas itu kirimkan ke alamat syarikat seperti yang tercatat di bahagaian akhir borang tersebut. 

SOAL : Selepas mendaftar apakah yang perlu saya lakukan?

JAWAB :  Anda perlu tunggu maklumbalas  dari syarikat yang akan mengirimkan semula kepada anda Borang Asal di mana nama anda sudah tercatat di dalamnya beserta dengan ID yang sudah direkodkan oleh sistem. Selain itu anda juga akan memperolehi satu risalah bertajuk "TIPS UNTUK BERJAYA DALAM PROGRAM DSMI" yang akan menerangkan cara dan strategi bagaimana untuk berjaya mencapai matlamat kebebasan masa dan kewangan setelah menyertai program ini.

SOAL : Berapa lamakah tempoh masa untuk saya mendapatkan Borang Asal, ID serta risalah tersebut ? Adakah cara lain untuk mempercepatkan penerimaannya ? 

JAWAB :  Kebiasaannya tempoh menerima Borang Asal, ID serta risalah tersebut ialah dalam masa 1 - 2 minggu bergantung kepada kelancaran urusan pos. Untuk membantu mempercepatkannya, anda dinasihatkan supaya jangan sekali-kali lupa menyertakan sampul surat balasan bersaiz 114mm x 247mm yang sudah ditulis dengan nama dan alamat anda serta dilekatkan sekali dengan setem 30 sen(untuk sampul surat putih) atau setem 50 sen(untuk sampul surat berwarna). Dengan mengikut nasihat ini, anda akan menerimanya lebih awal dari masa yang dinyatakan jika semua maklumat yang anda berikan adalah betul dan tepat.

Cara lain untuk mempercepatkan proses penerimaan Borang Asal dan ID ialah menerusi internet. Anda boleh mencetak keluar borang asal daripada lamanweb yang akan diberikan alamatnya menerusi sms setelah anda melakukan beberapa arahan yang diperlukan dari telefon bimbit anda seperti berikut:
Taip.. BORANG SEGERA<jarak>NAMA PENUH<jarak>NO KP/MYKAD atau PASSPORT<jarak>NAMA & ID PENAJA@PESERTA DI LEVEL TERAKHIR DALAM BORANG PENYERTAAN YANG TELAH ANDA ISI ATAU POSKAN.
Contoh : BORANG SEGERA RABASIAH BINTI MD.AMIN 680216-12-5542 MUHAMMAD YUNOS BIN ABDUL LATIF NO ID 804027-4788 
Hantar SMS anda ke 0163534920 dan tunggu maklumbalas. 
NOTA: Cara ini hanya boleh dilakukan setelah anda mengisi borang penyertaan dan mengirimkannya bersama wang pos ke alamat syarikat ATAU sebaik sahaja anda selesai mengisi borang penyertaan dan akan menghantarnya bersama wang pos dalam tempoh 24  jam ATAU menerusi peserta terdahulu @ penaja anda yang boleh mewakili dan telah dipercayai oleh pihak syarikat.

Anda akan mendapat SMS balasan dengan ID dan Alamat Lamanweb yang sudah diaktifkan jika semua maklumat yang anda SMS disahkan betul dan diluluskan oleh PENGURUS DSMI. Urusan ini mengambil masa antara 1 - 24 jam. Apapun jika kebetulan PENGURUS DSMI sedang online(biasanya dari jam 9 pagi – 1 petang & 9 malam – 1 pagi), anda akan terus mendapat ID dan pengaktifan lamanweb dalam masa kurang dari 30 minit(bergantung kepada kelancaran server pada waktu itu).

Info selanjutnya, sila lihat atau muat turun PowerPoint Presentation di sini. 

.